Thursday, December 24, 2009

Puteri ku

Permata hati, penenang jiwa, kamulah segalanya........

Amni Nadzirah dan Alya Qaisara

cinta hati ibu.......
harapan ibu bila kamu berdua mula meningkat remaja.....
lirik lagu dibawah ini dapat kamu hayati dan jadikan panduan



Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Cinta manusia semasa hidup tetapi cinta Allah akan sentiasa bersama kita selamanya.

Sayang

-Ibu-

Permulaan.....

Bismillah.......

Ini permulaan saya untuk menulis di blog sendiri. Melihat rakan2 mempunyai blog sendiri membuatkan saya juga terpanggil untuk mencipta blog sendiri. Walaupun tak tau apa yg nak ditulis dlm blog ini dan saat ini juga perasaan saya bercampur aduk......takut, excited, malu semuanya bersatu. Terfikir klu ada yang membaca blog saya ni apalah komen mereka.

Setelah hampir 9 bulan bergelar surirumah sepenuh masa.....kini hati mula memberontak utk memulakan sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan untuk keluarga. Bermacam-macam cara terlintas dalam fikiran. Yang pasti ianya sebuah perniagaan yang boleh dilakukan di rumah dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama sehingga mengganggu tugas saya sebagai isteri dan juga ibu.

Mula2 berenti keja dulu, seronok coz ada banyak masa ngan anak2 dan suami. Boleh bercuti lama2, lepak, rehat2 kat umah. Bila dah hampir 3 bulan kat rumah, kebosanan mula terasa. Tinggal kat kuarters dgn anak yg masih kecil membataskan pergerakan dan pergaulan saya. Suami mula terpaksa menadah telinga mendengar luahan hati saya yang dah mula terasa sunyi sangat. Nak kan kawan yg boleh dibawa bersembang semua topik......nasib baik ada broadband kat umah jadi saya mula berjinak2 dgn facebook.

Alhamdulillah ia mengurangkan kebosanan saya. Seronok berjumpa kawan2 lama walaupun cuma di alam siber. Bagi saya fb lebih kepada jejak kasih. Selepas 6 bulan bergelar surirumah.....terfikir pula nak buat bisnes dari rumah. Macam2 yang terfikir tapi masih belum bertemu sesuatu yang bersesuaian.

Blog ni merupakan satu cara baru saya mengisi masa yang tak berapa nak lapang tetapi dilapangkan ni. Harapan saya semoga selepas ini melalui blog ini saya boleh memberikan atau mendapatkan sesuatu yang berfaedah untuk semua lapisan masyarakat.

Salam

-mazz-