Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Pesan ROH kepada manusia hidup

Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, roh berkata "Wahai org yg memandikan aku, aku minta kepadamu kerana Allah utk melepaskan pakaianku dgn perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut"


Selepas itu mayat pula bersuara " Wahai org yg memandikan, jgnlah engkau menuangkan airmu dlm keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yg dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimadikan, roh sekali lagi merayu "Demi Allah, wahai org yg memandikan, jgnlah engkau mengosok tubuhku dgn kuat kerana tubuhku luka2 dengan keluarnya roh".


Selepas dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jgn diikat dgn kuat serta mengkafankan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhirkerana tidak dapat melihat lagi sehingga hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka jgnlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatimdan janganlah kalian menyakiti mereka". "Sesungguhnya pada hari ini aku keluar daripada rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka selama-lamanya".


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jgn mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak2 dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesusah dibawa dan melangkah 3 langkah dari rumah, roh pula berpesan "Wahai kekasihku, saudaraku dan wahai anak-anakku, jgn kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan jgnlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanku".


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yg aku telah kumpulkan utk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisabku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka tidak mahu mendoakan ku"


Sumber: Metro, Ahad (17 Jan 2010)


p/s: tertarik ngan artikel ni so share ngan semua coz mati adalah perkara yg paling hampir dgn kita cuma bila sibuk dgn urusan dunia membuatkan kita kadang2 terlupa tentangnya...

Wednesday, January 20, 2010

Menyambut Kelahiran

Ramai rakan2 yg telah dan akan melahirkan bayi membuatkan saya terpanggil utk berkongsi sedikit panduan ringkas utk menyambut kelahiran bayi.


Iman Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :



"Setiap anak yg dilahirkan itu dlm keadaan fitrah (ibarat kain yg putih bersih). Maka ibu bapanyalah yg akan mencorakkan hidupnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"






Islam mensyariatkan supaya bayi yg baru dilahirkan setelah dipotong tali pusatnya dan dibersihkan serta dibenarkan pihak keluarga utk melihat, sunat diazankan dan diigamatkan secepat mungkin. Ketika bayi itu dibersihkan pula jururawat atau bidan memperbanyakkan zikir atau selawat sehingga selesai tugasnya supaya bayi itu teguh imannya daripada melakukan maksiat kepada Allah.

* Azan di telinga kanan
* Iqamah di telinga kiri
Kedua perkara ini amatlah digalakkan dilakukan oleh bapa bayi atau waris tertua dlm keluarga tersebut kerana inilah komunikasi awal sebagai pengenalan terhadap kalimah2 Allah s.w.t selain ia dapat menjauhkan dari gangguan jin dan syaitan.

* Membaca Surah Al-Qadar di telinga kanan.
* Membaca Surah Al-Ikhlas di telinga kiri.
mohon supaya anak tersebut selamat dari perbuatan zina dan diperkuatkan iman serta terjauh dari syirik.

* Taknik (lakukan ini sebelum diberikan susu ibu. semoga apabila dewasa ia akan bercakap perkara yg benar dan menjadi anak yg soleh/solehah)

-taknik dgn manisan madu ataupun sedikit kurma
-menggunakan jari manis yg dibaca padanya Surah Al-Insyirah dan Surah Toha: 25-28.
"Nabi Musa berdoa dgn berkata; Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan permudahkanlahbagiku aan tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku.

* Menanam uri

* Mandi Wajib Wiladah (selepas bersalin)
mandi wiladah ialah apabila seorg wanita itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku. Lafaz niatnya ( Aku menyucikan diriku dari hadas bersalin fardhu ke atasku kerana Allah Ta'ala)

* Mandi Wajib Nifas (kering darah)
mandi kerana ianya berhenti darah yg keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik walaupun belum sampai 40/60 hari. Lafaz niatnya (Aku menyucikan diriki daripada hadas nifas fardhu keatasku kerana Allah Ta'ala)

p/s: Semasa menunggu kelahiran,
-para suami sebaiknya membaca surah2 berikut:
Surah Al-Inshiqaq: 1-5 bermaksud: Apabila langit terbelah; serta mematuhi perintah
tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; dan apabila bumi diratakan; serta mengeluarkan
apa yg ada didlmnya dan menjadi kosong; serta mematuhi tuhannya dan sudah
semestinya patuh.
-Surah Al-Hasyr: 3 bermaksud: Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan
pengusiran (yg demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyiksa mereka
di dunia dan dlm pada itu mereka akan beroleh azab neraka siksa.
-Membawa selawat Taj