Tuesday, June 22, 2010

Ali bin Abi Talib

Jom sama2 kita kenali tokoh Islam kita ni....

ALI bin Abi Talib adalah khalifah keempat yang dilantik selepas mendapat sokongan majoriti. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 35 Hijrah. Beliau dilahirkan pada tahun 602 Masihi.

Beliau berasal daripada Bani Hasyim yang berketurunan Quraisy.

Beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad. Beliau ialah suami Fatimah bin Muhammad dan juga pemuda pertama yang memeluk Islam.

Nabi Muhammad menggelarkannya Zu al-Fiqar kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya yang terserlah. Beliau juga mendapat gelaran Asad Allah yang bermaksud Singa Allah.

Ali meninggal dunia pada 40 Hijrah kerana ditikam oleh Abdullah bin Maljam iaitu salah seorang daripada golongan Khawarij.

Menurut cerita, Khalifah Ali kehilangan sepasang pakaian perang. Puas beliau mencarinya tetapi masih tidak jumpa pakaian perang tersebut. Pada suatu hari, Khalifah Ali ternampak seorang lelaki Nasrani memakai pakaian perang itu. Ali dapat mengecam pakaian perang itu benar-benar kepunyaannya.

"Tahukah kamu, pakaian perang yang kamu pakai itu adalah milik saya," kata Ali kepada orang Nasrani itu.

"Pakaian perang itu milik saya," ulang Ali lagi.

"Tidak. Pakaian perang ini adalah milik saya," jawab orang Nasrani itu.

Ali tidak berputus asa lalu berkata, "Serahkan semula pakaian perang itu kepada saya. Sudah lama saya mencari pakaian perang itu".

"Tidak. Saya tidak mahu serahkan pakaian perang ini kepada kamu," kata lelaki Nasrani itu.

Lelaki Nasrani itu tetap dengan pendiriannya. Beliau tidak mahu menyerahkan pakaian perang itu walaupun sudah berkali-kali di minta oleh Ali.

"Sekiranya begitu kata kamu, mari kita pergi ke mahkamah. Di sana, pihak pengadilan dapat menentukannya," kata Ali.

"Baik, saya setuju. Mari kita pergi berjumpa dengan tuan hakim," jawab lelaki Nasrani itu.

Kemudian, mereka berjumpa dengan hakim yang bernama Kadi Syuraih. Beliau adalah seorang hakim yang adil dan bijaksana. Sampai sahaja di mahkamah itu, Ali berkata kepada tuan hakim, "Saya tidak pernah memberikan pakaian perang itu kepada orang lain. Saya rasa pakaian perang yang dipakai oleh lelaki Nasrani itu adalah milik saya. Saya dapat mengenali pakaian perang tersebut".

Mendengar penjelasan Ali, hakim menyoal pula orang Nasrani itu, "Adakah benar seperti yang dikatakan oleh Ali tadi".

Lelaki Nasrani itu menjawab, "Pakaian perang itu milik saya". Lelaki Nasrani itu masih tetap dengan pendiriannya menyatakan pakaian perang itu miliknya.

Tuan hakim menjalankan tugasnya dengan adil. Bagi mendapatkan kepastian, tuan hakim bertanya pula kepada Ali, "Bolehkah kamu berikan bukti? Bukti yang menunjukkan bahawa pakaian perang itu milik kamu dan bukan milik lelaki Nasrani itu".

Tuan hakim itu memang seorang yang adil dan bijaksana. Ali berkata, "Saya tidak mempunyai sebarang bukti".

Keputusan mahkamah dibuat. Orang Nasrani itu tidak bersalah. "Saya memutuskan bahawa pakaian perang itu adalah milik orang Nasrani dan bukan milik Ali," kata tuan hakim.

Keputusan mahkamah adalah muktamad. Ali dan orang Nasrani itu keluar daripada persidangan mahkamah. Di luar kawasan mahkamah, lelaki Nasrani itu berjumpa Ali.

"Keputusan yang dijatuhkan oleh tuan hakim adalah muktamad. Tuan hakim hanya menjalankan tugasnya dengan seadil-adilnya. Kamu memang seorang yang jujur dan sabar. Mulai pada hari ini, saya mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah," kata orang Nasrani itu di hadapan Ali.

Ali mendengar dengan teliti. Kemudian, lelaki Nasrani itu menceritakan kisah sebenar mengenai pakaian perang yang dipakainya itu.

"Pakaian perang ini saya terjumpa ketika kamu pergi ke Perang Siffin. Pakaian perang ini terjatuh daripada kenderaan yang kamu naiki. Lalu saya mengambil pakaian perang itu.

"Saya pakai pakaian perang ini dan menjadi milik saya. Tetapi sekarang pakaian perang ini bukan milik saya lagi. Pakaian perang ini adalah milik kamu. Ambillah," kata lelaki Nasrani itu.

Mendengar penerangan lelaki Nasrani itu, Ali kagum dengan sikapnya yang jujur itu.

Kemudian Ali berkata kepada lelaki Nasrani itu, "Kamu memang seorang yang jujur. Sekarang kamu sah menjadi orang Islam. Ambillah pakaian perang ini.

"Saya beri pakaian perang ini kepada kamu. Sekarang pakaian perang ini sah menjadi milik kamu".

Demikianlah sikap jujur, amanah dan suka bertoleransi di antara satu sama lain. Sikap bertoleransi, jujur dan amanah terhadap orang lain akan mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan di kalangan manusia sejagat.

sumber : Utusan Malaysia 20/06/2010

copy from: www.rahsiaperkahwinan.com

Monday, June 14, 2010

Assalamualikum.......

dah lama tak update apa2 info kat blog ni
kata kawan aku, blog ni dah bersawang......
sebenarnya mmg busy sesangat ngan kenduri adik2.
Alhamdulillah semua dah selesai.

Bagi yg tertanya2 dimana hasil cuppies ku selepas p kelas, boleh tgk kat facebook
search for "Kuantan Sweet Cupcakes", insyaallah ada

untuk tempahan boleh call 016-9505705(Maz)

-Email:mazliza1472@gmail.com

mickey1472@yahoo.com

penghantaran untuk sekitar dlm Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) adalah percuma.

Insyaallah ada masa gambar2 hasil kerja ku akan di load dlm blog ni jugak.....

Wednesday, April 7, 2010

Cupcakes


Mulanya ingat nak bukak blog baru utk cupcakes...tapi bila di pk2, sayang lak ngan blog yg dah ada ni....so kat sini jelah segalanya akan ku share kan....

Layan gambar dari first class yg sy ikuti......






Thanks to my sifu zatidhati.blogspot.com

Saturday, March 20, 2010

Update Blog

emm.....mencabar jugak nak update blog ni yer.....
selain kesuntukan masa, kekadang kesilapan kecil membuatkan usaha tu terbantut macam tu jer. Tadi dah siap taip semua, nak post kan jer sekali tak perasan connection dah putus dan tak save pun so semua yg ku coretkan hilang begitu saja.

Insyaallah mlm nanti atau esok akan ku cuba taipkan kembali tapi pastinya isinya tak sama coz dah lain ilham yg datang. Yang pasti ianya tentang novel yg membuatkan diri ini dibuai bunga2 cinta.

Thursday, February 25, 2010

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Masa thn 3 kat UMS

Teringat zaman study dulu, sambutan maulidur rasul meriah ngan perarakan dan pelbagai acara menarik. Thn ni sayang coz tak dapat nak join, harap thn depan panjang umur dan boleh ikut bersama meraikannya. Niat kat hati nak bawak anak2 join perarakan tu sama....mesti seronok.

Selamat menyambut Maulidur Rasul utk semua umat Islam......

Saturday, February 20, 2010

Pesan ROH kepada manusia hidup

Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, roh berkata "Wahai org yg memandikan aku, aku minta kepadamu kerana Allah utk melepaskan pakaianku dgn perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut"


Selepas itu mayat pula bersuara " Wahai org yg memandikan, jgnlah engkau menuangkan airmu dlm keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yg dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimadikan, roh sekali lagi merayu "Demi Allah, wahai org yg memandikan, jgnlah engkau mengosok tubuhku dgn kuat kerana tubuhku luka2 dengan keluarnya roh".


Selepas dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jgn diikat dgn kuat serta mengkafankan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhirkerana tidak dapat melihat lagi sehingga hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka jgnlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatimdan janganlah kalian menyakiti mereka". "Sesungguhnya pada hari ini aku keluar daripada rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka selama-lamanya".


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jgn mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak2 dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesusah dibawa dan melangkah 3 langkah dari rumah, roh pula berpesan "Wahai kekasihku, saudaraku dan wahai anak-anakku, jgn kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan jgnlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanku".


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yg aku telah kumpulkan utk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisabku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka tidak mahu mendoakan ku"


Sumber: Metro, Ahad (17 Jan 2010)


p/s: tertarik ngan artikel ni so share ngan semua coz mati adalah perkara yg paling hampir dgn kita cuma bila sibuk dgn urusan dunia membuatkan kita kadang2 terlupa tentangnya...

Thursday, February 18, 2010

Cara pencegahan alergi makanan - apa yg perlu anda tahu....

Alergi semakin meningkat di byk negara di dunia termasuk Malaysia. Walaupun ia dipandang ringan bagi sesetengah pihak namun ia sebenarnya boleh membawa penderitaan bukan sahaja kepada anak anda tetapi seisi keluarga. Pelbagai persoalan pastinya bermain difikiran anda sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak2 anda.

Soalan 1: Adakah anak saya berisiko untuk mengalami alergi makanan?

Alergi makanan tidak dibatasi usia namun lazimnya ia bermula pada tahun pertama dlm kehidupan seseorang. Kebanyakkan kanak2 akan bebas daripada alergi apabila mencapai umur persekolahan, tetapi ramai yg mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yg mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yg mempunyai sejarah keluarga yg mengalami alergi.

Risiko mengalami alergi berdasarkan sejarah keluarga:
1. Kedua ibu bapa tiada alergi - 5-15% risiko alergi
2. Salah satu ibu bapa mempunyai alergi - 20-40% risiko alergi
3. Kedua-dua ibu bapa mempunyai alergi - 40-60% risiko alergi (*50-80% jika ibu bapa mempunyai alergi yg sama)

Soalan 2: Bagaimana alergi makanan berlaku?

Lazimnya sistem imun menyerang bakteria merbahaya, virus dan bendaasing di dlm badan sedangkan makanan dianggap tidak merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun badan terganggu dan menganggap satu kompenan makanan tertentu biasanya protien sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

Soalan 3: Apakah tanda2 alergi makanan?

Gatal, ekzema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah/asma, bronkitis. Kebanyakkan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yg boleh membawa maut.

Soalan 4: Apakah makanan yg boleh menyebabkan alergi?

Sebarang makanan boleh menyebabkan alergi. Makanan alergenik tinggi terdiri daripada susu lembu, putih telur, kacang soya, ikan, kerang-kerangan, ketam, udang dan kacang. Alergi terhadap susu lembu biasanya kerap berlaku di kalangan bayi.

Soalan 5: Mengapakah pencegahan alergi penting?

Walaupun kini terdapat rawatan yg berkesan namun tiada penawar sebenar pada alergi. Oleh itu pencegahan adalah penting terutamanya bagi bayi dan kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 anda kepada alergi yg lain, contohnya alergi makanan pada peringkat bayi mungkin mengundang alergi sistem pernafasan pada masa akan datang. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dlm bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

Soalan 6: Apakah yg patut sy lakukan utk melindungi anak saya daripada mengalami alergi?

Cara yg paling bagus utk mencegah alergi adalah dgn menyusui bayi anada secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 6 bulan. Susus ibu merupakan susu hipoalergenik yg unggul dan jga sumber penting antibodi yg dikenali sbg immunoglobulin A (lgA).

Langkah2 dibwh juga telah dibuktikan berkesan dlm mencegah/mengurangkan risiko alergi makanan.
* Tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda
* Sekiranya anda tidak dpt menyusui bayi anda krn menghadapi masalah perubatan, berundinglah dgn doktor ttg pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
* Susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dgn berkesan.
* Makanan pejal biasanya akan dikenalkan kpd bayi anda selepas mereka berumur 6 bulan dan keatas. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yg sgt alergenik dlm thn pertama.
* Kurangkan habuk di rumah.
* Jgn pelihara haiwan di rumah ataupun di pusat penjagaan kanak2.
* Jgn merokok semasa mengandung atapun berhampiran anak anda.