Friday, January 22, 2010

Baby Sitter

Dari sudut bahasa, Tarbiah ertinya pertambahan, pertumbuhan dan penjagaan. Perkataan ini diambil daripada perkataan Robba yg membawa makna membesar.


Terdapat mereka yg mengatakan ia berasal drp perkataan Rabb yg membawa erti penjaga. Ada pula yg berpendapat tarbiah berasal daripada perkataan Tagziyyah yg bermakna peningkatan atau pertumbuhan.


Walaupun tugas utama mendidik dan membentuk anak adalah di atas bahu ibu bapa tapi sebagai seorang insan yg bergelar ibu dan bakal menjadi baby sitter sy beranggapan peranan itu juga harus dipikul bersama. Malahan ramai anak2 yg mempunyai lebih byk masa bersama baby sitter berbanding ibu bapa sendiri.



Insyaallah bermula bulan Feb 2010 ni saya akan memulakan kerjaya baru sebagai "baby sitter".
Pelbagai perasaan bercampul gaul. Yang terlebih adalah perasaan takut coz menjaga tu senang tapi nak mengasuh tu agak mencabar dan berat tanggungjawapnya. Bila tanya hubby kata dia, ikhlaskan diri. Kata kwn baik saya, anggap jer macam anak sendiri.

Mungkin kerana impian sy tinggi, sy nak anak2 sy berserta anak yg berada dlm jagaan sy bukan sj sihat, selamat malah cerdik. Saya nak mereka mengenal huruf, blh membaca dan segalanya yg patut seawal mungkin (tinggi kan cita2 sy). Itu yg membuatkan sy sedikit tertekan dan rasa takut tak dapat tunaikan impian tu.

Sy buat research pasal "how to be a good baby sitter" dan saya dapat a few tips yg insyaallah dapat sy jadikan panduan. Ada sesiapa yg ingin berkongsi pendapat mengenai apa yg saya patut dan tak patut buat untuk jadi baby sitter yg bagus. Cadangan anda amat saya hargai.

Sekali fikir macam tak percaya yg sy akan jadi baby sitter :). Terkenang, dulu saya yg hantar anak2 sy utk dijaga orang. Sekarang giliran saya pulak menjaga anak orang lain. Moga semuanya akan berjalan lancar.






Kenangan manis amni & alya bersama mak mah (baby sitter-tudung coklat) dan jiran2 kat Bandar Tenggara, Johor.



Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Tabrani yg bermaksud
"Tidak ada anak di dlm sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu"
dan Nabi juga bersabda yg bermaksud
" Bau kanak-kanak itu adalah daripada bau syurga"

No comments:

Post a Comment