Wednesday, February 10, 2010

Anak demam lagi?? Dptkan cara cepat utk mengatasinya

Petang semlm badan Alya panas, macam nak mula demam.....hati dah risau coz sekarang dah ada 4 org anak waktu pagi, klu Alya demam, macam manalah.....
Petang tu kami keluar, p ambik baju yg ditempah kat batu 10. On the way balik, alya muntah lepas minum air coklat dan mkn roti.....dlm hati "sah alya ni dah mula demam"

Balik umah dlm kul 7 lebih, terus berikan dia 7 titik nig'ella sambil berdoa moga demam dia tak melarat. Lepas mandikan dia, dia minum susu dan mkn nasi but sikit jer. Dlm kul 10 lebih alya muntah lagi. Sekali lagi mandikan dia, (actually disamping bersihkan dia, ia salah satu cara utk turunkan panas badan dia gak) badan dia masih panas tapi dia dah mula berpeluh (bagi sy itu petanda positif). Berharap sgt agar demam dia tak melarat dan tak perlu berikan ubat dari hospital.

Dlm kul 11 lebih, sy berikan lagi 7 titik nig'ella. Mlm letakkan dia kat katil mcm biasa walaupun hati sebenarnya risau takut tetiba suhu badan dia naik mendadak dan sy tak sedar ataupun risau klu dia muntah lagi. Dlm jam 3 pagi sy tersedar, terus menuju ke bilik alya, alhamdulillah suhu bdn dia dah mula menurun dan pagi tadi, suhu badan dia dah kembali normal.

Sejak berkenalan dgn Nig'ella dan bergelar surirumah sepenuh masa, anak2 jarang demam. Pernah sekali Amni dan Alya demam serentak waktu mlm (dlm kul 8), suhu badan masing2 mmg tinggi sgt. Sy berjaga sepanjang mlm, berikan diorg Nig'ella yg dicampur amazing setiap 3 jam dan sentiasa pastikan badan mereka basah (lap kan ngan tuala basah). Disamping lekatkan cool fever (but sekejap jer coz masing2 dah besar so pandai bukak sendiri, may be tak selesa), alhamdulillah cara itu berkesan kerana keesokkan paginya suhu badan kedua puteri sy kembali normal.

Sejak dari hari tu keyakinan sy terhadap Nig'ella (habatus sauda) dan Amazing makin kuat. Tambahan dlm sebuah Hadis Sahih Bukhari dan Muslim, riwayat Abu Salimah drpd Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:

"Tetaplah kamu dgn Al-Habatus Sauda (Bijirin Hitam) kerana ianya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali AS-SAm iaitu MAUT"
Harap kita semua beroleh kebaikan dari setiap apa yg diciptakan oleh Allah utk kita :)

No comments:

Post a Comment